proton inspira..
Setelah 25 tahun Proton mengeluarkan kenderaan tempatan,kini model terbaru menampilkan gaya terkini yg lebih elegan,sporty dan lebih komersial dalam pasaran dunia.
Sekali imbas,ia seakan sebuah kereta import dari Jepun iaitu Mitsubishi Lancer tetapi imbasan kali kedua membuktikan bahawa ianya adalah kereta nasional Proton Inspira.
CUBA BEZAKAN...!!!
APAKAH BEZANYA???
BAHAGIAN BELAKANG PUN???
Proton Inspira merupakan sebuah kereta nasional yg dihasilkan berkonsepkan kereta Jepun,Mitsubishi Lancer tetapi ditala sepenuhnya oleh Proton. Hal ini menunjukkan bahawa tenaga kemahiran yg dimiliki oleh negara kita boleh menandingi tenaga kemahiran drpd negara asal kereta tersebut.
Inspira merupakan model gantian kepada Proton Waja. Inspira telah dilengkapkan dengan pelbagai spesifikasi yg memenuhi keinginan pengguna sama ada golongan muda atau pun lebih tua.
Perbezaan Inspira dengan Lancer GT tidak ketara pada pandangan luaran mahupun dalaman. Aspek luaran,Proton mengubah pandangan pada bahagian bumper hadapan,belakang,spoiler dan rim.
Corak rim Inspira lebih elegan berbanding dengan Lancer GT yg lebih utamakan ke arah sporty look.
Pada bahagian dalaman,cara dan kedudukan atau susunan Inspira hampir sama sepenuhnya dengan Lancer GT cuma lambang Proton semestinya akan tertera pada Inspira.
hampir sama..disusun kemas dan nampak sama kecuali logo pada stering...
Ruang dalaman Inspira tampak lebih kemas dengan hiasan tona warna hitam dan perak. Susunan papan pemuka yg lebih menarik mewujudkan satu pandan yg selesa ketika memandu Inspira.
Susunan panel meter pada Inspira lebih cantik dan nampak lebih elegan.
Namun,pada bahagian enjin terdapat perbezaan tertentu. Enjin MIVEC pada Proton Inspira telah ditala semula oleh Proton. Model Inspira 1.8 mempunyai kekuatan 138hp/6,000rpm manakala Inspira 2.0 pula 148hp/6,000rpm. MIVEC pada Inspira menggunakan blok aluminium menjadikan kereta lebih senyap dan mengurangkan penggunaan bahan bakar yg lebih efisen. Model ini turut menggunakan sistem trasmisi CVT INVECS-III seperti yg digunapakai oleh Lancer GT supaya keadaan pemanduan lebih selesa,senyap dan melembutkan penukaran gear.
Antara kelebihan Inspira yg lain ialah pusingan radius minima 5.0m. Ini memudahkan pemandu membuat U-turn di ruang jalan yg tidak berapa lebar. Dengan sistem Proton RIDE & Handling,gaya pemanduan menjadi lebih cekap pada kereta tetapi bergantung kepada pemandu yg memandu.
Fasiliti lain yg terdapat pada Inspira ialah paddle-shift,leather seat dan sistem keselamatan yg lengkap terdiri drpd SRS Airbag,ABS,EBD,immobilizer system dan security tinted film menjadikan Inspira sebuah kereta yg lengkap dengan ciri-ciri kereta idaman semua setaraf dengan kereta import.
Mitsubishi Lancer GT(pelanduk dua serupa)
Original...
MITSUBISHI LANCER 2.0GT
MITSUBISHI LANCER 2.0GT
Mitsubishi sudah tidak asing lagi
di Malaysia.....Jenama yg sudah pasti mekar di hati rakyat Malaysia yg
mengagumi keluaran negara matahari terbit ini. Kini,Mitsu mengeluarkan
model baru iaitu Lancer GT 2.0.
Lancer GT diilhamkan reka bentuk
dan gaya terbaru. Dengan bahagian depan ala 'hidung jerung' atau
'shark-nose',menampakkan ia lebih garang. Gaya ini membuatkan pemandu
akan berbangga memilikinya. Dengan rekaan terbaru ini,Lancer GT baru
meletakkan posisi antara kereta tercantik.
Rekaan luaran yg terdiri daripada rim alloy 18 inci,bodykit penuh dan spoiler menunjukkan ciri sebuah kereta lumba...
' RIM ALLOY 18 inci 12 - spoke'
'REKAAN LAMPU HADAPAN TERKINI'
Bahagian dalaman pula diciptakan khas untuk pelbagai golongan. Lancer GT
membekalkan keselesaan,gaya dan kemudahan pada ruang dalaman terus
dapat memikat hati sesiapa yg terpandang.
Dengan ciptaan papan pemuka yg ringkas
tapi 'sporty' menjadikan pemandu seperti memandu sebuah formula one
kerana dilengkapi dengan 'paddle-shift'. Kegunaannya adalah untuk
membuatkan pemandu berasa seronok ketika memandu Lancer GT ini.
dengan
ciptaan banyak compartment,Lancer GT memang memuaskan dalam kelasnya.
Dalam apek dalaman,susunan yg kemas dan teratur amat dititkberat oleh
para pemandu kerana kekemasan menunjukkan kemampuan kereta tersebut.
Spesifikasi enjin pula,Lancer GT dibekalkan dengan enjin talaan MIVEC ( Mitusubishi Innovative
Valve-timing Electronic Control) yg mempunyai 155 kuasa kuda/6,000rpm...dan 199Nm torque/4,250rpm. Lancer GT juga dilengkapi dengan INVECS-III CVT iaitu sistem transmisi automatik 6-kelajuan. Sistem ini berfungsi sebagai ejen yg menjadikan penukaran gear secara lembut. pada masa yg sama pemanduan menjadi lebih selesa dan tenang.
Berbekalkan sistem suspensi MacPherson di bahagian hadapan 'multilink' di bahagian belakang,Lancer GT amat selesa dipandu dalam kadar kelajuan tinggi kerana daya serap hentakan yg cukup memuaskan tambahan pula dengan adanya ABS(anti-lock braking system) + EBD(electronic brake distributor) membantu jentera mengurangkan 'oversteer' atau 'understeer' ketika mengambil selekoh pada kelajuan tinggi dan membantu mengurangkan jarak berhenti apabila brek kecemasan.
Antara sistem keselamatan yg lain adalah seperti beg udara berkembar (SRS Airbag),ESP(electronic stabillity program) yg membantu menstabilkan jentera apabila berlaku perubahan situasi secara mengejut. Lancer GT merupakan sebuah kereta 2 situasi yg amat sesuai untuk dimiliki sama ada digunakan secara famili ataupun secara lasak.
Ciri-ciri lain seperti 'leather seat' dan sistem audio yg terdiri drpd '6-disc CD changer' dan 6 speaker menjadikan Lancer GT lengkap sebagai sebuah kereta idaman...

tetapi kereta diatas tidak mampu menyaingi kereta di bawah ini...boleh bawak g kebun,langgar lampu isyarat,tahan lasak...
.
...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
Haha
BalasPadamingtkan myvi tadi
BalasPadam